Social Icons

Pages

Wednesday, March 21, 2012

HOT NEWS !!! PAKATAN HARAM HANYA TAHU BERKOKOK !!! TUDUH UMNO DAN BN KOTOR !!! JANJI MACAM MANA ???


Parti cauvinis Cina,DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Haram bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.Semboyan yang sama didengar apabila DAP,PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.Bagi DAP dan parti yang, setiap pilihan raya umum adalah kononnya paling kotor bagi mereka.macam lah mereka tu bersih sangat ??? Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu,tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.

Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu UMNO,MCA dan MIC,kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negara di bawah pentabdiran Mageran.BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini.Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang didakwa Pakatan Haram sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.

Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar pembangunan yang digubal,semua dikota dan dilaksanakan.Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun.Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia.

Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju, progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.Pakatan Haram terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.Sebab itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah,penyelewengan dan isu remeh temeh.kononnya nak buat rakyat curiga atas pentadbiran BN

Ketika Pakatan Haram sibuk menfitnah dan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri,Pakatan Haram pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Haram,tidak ada langsung pelaksanaan program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak lebih 20 tahun lalu,umpamanya,rakyat negeri itu masih ramai yang terpaksa meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.

Di Selangor pula,negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008.Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius.Menteri Besar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Haram saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam negeri itu,seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah membangun di bawah BN.Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu.Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura.

Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di Singapura sekarang.

MANA SATU PILIHAN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates