Soladiriti Untuk Saiful

Soladiriti Untuk Saiful

Wednesday, March 21, 2012

HOT NEWS !!! TIADA RUMAH KOS RENDAH UNTUK RAKYAT SELANGOR ??? APA CERITA NI KHALID GAGAP ???


Selangor Negeri Berkebajikan,itulah slogan paling menarik untuk didengari.Saban hari,rakyat Selangor didendangkan dengan slogan retorik,bertujuan untuk mengaburi minda rakyat.Itu belum diambil kira dari satu lagi slogan yang diwujudkan untuk menghina paradigma pemikiran rakyat Selangor, iaitu merakyatkan ekonomi Selangor.

Kenyataan dari YB Ronnie Liu, Exco Perumahan,bahawa tiada rumah kos rendah akan dibina di Selangor atas alasan tiada pembeli yang ingin membeli rumah tersebut benar-benar menunjukkan sikap sebenar yang ada pada wakil rakyat DAP itu.Fahaman imperialis,kapitalis dan komunis digembleng menjadi ideologi chauvinis, bagi menafikan hak mereka yang berpendapatan rendah.

Jangan pula dilupa sikap rasis.Alasannya itu jelas berbohong.Untuk apa Ronnie berbohong ??? Kerana dengan berbohong Ronnie mampu mengelakkan dirinya dituduh rasis.Perhatikan,siapa sebenarnya sasaran Ronnie dalam kenyataan yang diberikannya di Sidang DUN ???

Jumlah paling ramai dalam kategori berpendapatan rendah adalah India dan Melayu.Siapakah golongan yang akan teraniaya dengan alasan tiada pembeli yang mahu membeli rumah tersebut ???

Jelas,ini adalah satu penghinaan kepada masyarakat India dan Melayu.Sungguhpun tergolong dalam golongan berpendapatan rendah dalam majoriti yang ramai,ia tidaklah sampai ke tahap tidak mampu memiliki rumah kos rendah !!!

Kenyataan ini menyerlahkan sikap chauvinist yang ada pada DAP.

Fakta sebenar ialah di kebanyakan kawasan perumahan, rumah kos rendah adalah jenis rumah yang akan habis ditempah dan dibeli oleh pembeli berbanding jenis rumah yang agak mahal harganya. Lihatlah di kawasan Setia Alam, Shah Alam dan Petaling Jaya, carilah rumah kos rendah yang tidak berjaya dijual, sekiranya anda mampu cari!

Atas dasar apakah Ronnie Liu berkata sedemikian ??? Apakah beliau mempunyai statistik rumah kos rendah yang tidak berjaya dijual ???

Untuk makluman,Khalid Ibrahim telah berjanji untuk membina kira-kira 30 ribu unit rumah kos rendah pada 2008 setelah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Menteri Besar. Malangnya, sehingga kini, tiada satu pun rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.Pada setiap Jumaat, umat Islam akan mengaminkan doa yang dibaca oleh khatib, merujuk kepada Selangor Berkebajikan.Benarkah Selangor ini negeri berkebajikan, sedangkan keperluan memiliki rumah jatuh no. 2 di dalam hierarki keperluan Abraham Maslow!

Menghalang umat Islam memiliki rumah adalah seperti menghalau mereka dari kampung halamannya (tempat tinggal). Maka, adalah menjadi kewajiban umat Islam dan Melayu menentang DAP laknatullah.

Pernahkan PAS memikirkan mengapa Allah tidak mengabulkan doa yang mereka cipta pada setiap Jumaat ???

Sumber SelangorDaily

ADAKAH INI DI NAMA KAN NEGARA KEBAJIKAN ???

APA KENA MENGENA DENGAN ADA PEMBELI ATAU TIDAK ???

CUBA ANDA LIHAT PEMERINTAHAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL !!!

ADAKAH ANDA LIHAT BANYAK MASALAH DENGAN RUMAH KOS RENDAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...