Social Icons

Pages

Tuesday, July 17, 2012

HOT NEWS !!! BAPA UNCLE SEEKERS SYIAH SESAT ???


Adakah Syed Hussein al-attas seoarang beragama SYIAH SESAT ???

saya akan ceritakan point by point.di harap anda faham apa yang saya nak sampaikan.saya tak beritahu 100 peratus bapa uncle seekers ini syiah sesat,bila saya tuju bulat-bulat,kena saman pulak,tapi tengah tunggu juga bila Anwar Ibrahim nak saman blogger ??? berbalik dari cerita tadi,anda akan faham bila saya huraikan satu persatu.

- beliau selalunya lebih mesra dipanggil sebagai Pak Habib....

- bapa kepada Uncle Seekers (Syed Abdullah al-attas) yang menjadi hang jebat moden baru2 ini.

- di dalam blog,beliau mengaku mewarisi Tariqat alawiyyin

KLIK DI SINI

- merupakan seorang penulis buku politik yang popular

- antara buku2 yg pernah ditulis oleh beliau ialah :

Hantu Bukit Cina (1985)
Musa Derhaka (1986)
Siapa Lawan Siapa ? (Challenger) (1987)
Revolusi Istana dan Rakyat (1989)
Talqin Untuk UMNO (1988)
Kabinet April Fool
Mahathir Di Ambang Senja 1999

saya tidak mahu membincangkan tentang pendirian beliau berkenaan politik.walaupun beliau lebih terkenal diantara pemikir-pemikir politik yg bebas dlm menghentam parti pemerintah dan parti pembangkang di Malaysia.saya lebih berminat melihat beliau dari sisi akidah yg dibawa dlm penulisan2nya.kerana disebalik semua ini ada sesuatu yg meragukan tentang akidah beliau.mari kita baca tulisan beliau yang agak aneh :

"Akibat kegagalan saudara-saudara menjalankan amanah Allah,akibat terlalu mementingkan diri dan keluarga serta puak-puak sendiri,akibat cinta dunia dan takut mati telah member gambaran kepada umat Islam,bahawa raja-raja yang berketurunan Islam di seluruh dunia Cuma boleh bermegah-megah,disebabkan mereka terkenal sebagai orang-orang yang terkaya di dunia sedangkan jutaan muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk dunia hidup dalam keadaan sengsara.Kemiskinan dan kebuluran telah meragut nyawa dan iman mereka.Inilah kesinambungan Muawiyahisme yang bermula dari Firaunisme.Fikirkan bezanya keadaan hari ini dengan zaman Muawiyah menjadi raja dahulu? Dan Abu Hurairah menjadi ‘ulamanya’. Alhamdulillah umat Islam sudah bangkit dari tidur yang lebih lama dari peristiwa pemuda yang tidur di gua Al-Kaffe.Pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh raja Arab Saudi dan Kuwait sambil bersekongkol dengan Amerika, akibat kekebalan yang ada pada mereka, Tuanku-Tuanku patut nasihat dan suruh mereka buang kekebalan itu sama."

"Muawiyah adalah orang yang mengaku sahabat Rasulullah SAW dalam masa yang sama telah melantik dirinya raja dan dengan menggunakan kuasa pedang memaksa rakyat menerima anaknya, Yazid sebagai Tengku Makhkota.Pembunuhan dan penjenayah telah cuba mematikan Islam dengan menggunakan ‘kuasa kekebalan yang ada pada mereka’ adalah raja yang pertama dalam sejarah Islam yang menghapuskan sistem Khalifah. Keluarga Muawiyah yang telah membunuh hampir semua anak cucu Rasulullah SAW di karbala pada 10 Muharram, Hari Asyura."

"Firaun berlawan dengan Nabi Musa a.s. adalah sebaik-baik teladan yang boleh kita pelajari dari Al-Quran. Begitu juga contoh terbaru dari Iran dimana Almarhum Imam Ayatullah Rohullah Khomeini, pemimpin agung Islam (Shiah) berjaya menjatuhkan raja segala raja yang dibantu oleh kuasa-kuasa besar dunia, kini Iran menjadi Negara Islam yang maju terutama dibidang ilmu yang telah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah."

Rujuk tulisan penuh

KLIK DI SINI

"Dalam dunia cuma ada dua jenis manusia dari keturunan Adam, sama ada DNAnya dari Habil atau Kabil. Ibrahim atau Namrud. Sama ada Musa a.s. atau Firaun yang mengaku Tuhan. Tuhan memilih bangsa Arab untuk jadi Nabi terakhir. Kaum Quraish terbagi kepada dua kabilah Bani Hasyim atau Umaiyah, Muhammad SAW atau Abu Suffian, Ali atau Muawiyah, Husin atau Yazid yang cuba membunuh dengan kejam seluruh keluarga Nabi SAW di peristiwa Karbala. Dengan seorang saja yang hidup Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad, jutaan keluarga Rasulullah SAW hidup diseluruh dunia dan terus mengembangkan Islam. Apa jadi pada keluarga Muawiyah?"

"Demi cinta,kasihnya pada Rasulullah SAW berapa ramai pemimpin Islam yang seberani Almarhum Khomeini yang tidak akan membiarkan siapa saja menghina Muhammad SAW kekasih Allah yang membawa rahmat bagi sekian alam? ‘Syiah’ dibenci dan dianggap kafir oleh kelompok pro dajjal akibat mereka tak mengerti kenapa Ali dan keluarga ahlul bait Rasulullah SAW disayangi oleh mazhab Syiah yang diiktiraf oleh Sheikh al-Azhar. Inilah kelemahan umat Islam, kemiskinan spiritual dan kurangnya ilmu akibat tidak mahu membaca."

Rujuk Tulisan penuh

KLIK DI SINI

Syed Hussein al-attas sebelum ini pun memang terkenal dengan kesanggupan membela anak-anak hasil nikah Mut’ah Abu talib Harun

KLIK DI SINI

Membenci sahabat nabi seperti Muawiyah bin Abu Sufian tetapi mengangkat ulama syiah seperti Khomeini.malah mengamalkan satu jenis tariqat yg bernama tariqat alawiyyin.

ANDA FAHAM APA YANG SAYA MAKSUDKAN ???

RENUNG-RENUNGKAN

9 comments:

Anonymous said...

2 x 5 je sunni & syiah ni .... awak ni tuhan ke senang2 nak menghukum orang lain, study lah quran tu betul2 .... nak jadi tuhan bolehlah pi ganti iblis .....

Anonymous said...

sedara kena baca banyak buku2 lagi tentang syiah dan sunni je.....mmg betul le keluarga muawiyah tu yg bunuh keluarga ali.....dlm buku sejarah form 6 pun ada terang2 ditulis apa yg keluarga muawiyah tu buat .... buat rujukan sblm tulis ya

Anonymous said...

Salam Badut Rakyat..

Bila tengok Blog yang di Link kan oleh tuan, membuatkan saya ingin menyatakan pandangan saya..

Sebenarnya blog itu tidak menampakkan syiah mahupun apa-apa ajaran sesat...dan saya pasti hanya orang Syiah dan Wahabbi yang membenci perkara-perkara yang dilakukan oleh Syed Hussian Al-attas..

Penulisan beliau itu menampakkan beliau telah asyik dalam mencari jalan kepada Allah swt sebenarnya..atau boleh dikatakan sebagai alhi sufi..orang yang belajar ilmu tasawwuf..

Dan saya fikir tuan Badut rakyat telah tersalah anggap dengan Syed Hussain Al-Attas..Tuan BR boleh pergi kemana-mana sekolah pondok di Malaysia dan tuan akan lihat perkara yang sama dilakukan oleh beliau...sekian..wassalam

Anonymous said...

Saudara/i,

A akan kata B tak betul dan B akan kata A tak betul

C akan kritik A kerana mengata B tak betul dan D akan kritik C kerana kondem A

apa maknanya? dah nampakkan kenapa 'aliran' pemikiran berbeza ini tidak membina sebaliknya memberai-beroikan walhal ada satu anutan dan satu Pencipta.

Anonymous said...

Comment Anon6:03..cantik dan licik..
memporak perantakan Umat..
Pasti orangnya bijak bemain kata kata...dan penuh sifat taqiyqhnya nanti...

Tiada guna berpolemik dgn saudara sebab saudara tegar dalam pegangan ..bukan untuk kebenaran.....

Hanya layang kisah si Arab tua ini saya catitkan.. Tiap buku Politik picisannya ..diselitkan Syaidina Ali dan ahlul bait secara lebihan dan mengkaburkan para sahabat.... mengikut kontek apa yg tersirat nafsu si Arab tua ini.
Dia adalah penulis upahan ahli politik yg nak menjatohkan pesaing.
dalam era 80an dan 90an.
Keihlasan penulisan berpandu pada tuan yg membayar wang lobby.
Tulisan tentang sikap Sunnu dan Wahabi ..terhadap Syiah amat Jelas malah lebih tepat lagi sesiapa yg berpegang dgn Al Quran dan Sunnah pasti menolak syiah .jadi saudara usah lah nak partisan kan umat Islam untuk membenarkan Syiah...
Kita hanya ada Islam dan Kufur...
Syiah yg menolak para sahabat maka bukanlah bersama kami. sebab as sunnah banyak diriwayatkan melalui para sahabat.
Antara pebezaan pendapat berlaku diantar kami..itu soal kami. Syiah tak perlu sibuk..atau nak dijdikan bahan debat.. baik gunakan dalil agama lain...

abdhakim said...

Memang benar... umat islam telah dapat pencerahan dengan tulisan ini,iaitu uncleseekers adalah seorang syiah yang ingin pukul canang satu malaysia bahawa raja-raja di dunia yang kebanyakannya sunni tak boleh pakai sebab dia Ahlisunnah,kawan dengan amerika dan yahudi.Dan seterusnya nak kaitkan dengan sultan dan raja-raja di malaysia melalui tulisan-tulisan dalam laman yang pro syiah.Dan misi ini dimulakan oleh uncleseekers yang begitu giat mengkritik sultan johor dan Tukar Tiub (Hishamuddin Rais) yang amat bijak dalam mengamalkan Taqiyyah.Jarum taqiyyah dimasukkan begitu rapi hinggakan kita tak perasan sebab beliau berdiri atas platfom media politik.Itulah yang mereka lakukan dahulu di iran untuk menjatuhkan sistem beraja melalui slogan revolusi islam,memburuk-burukkan Shah Iran di mata dunia dan dalam masa yang sama berselingkuh dengan Amarika dan israel untuk meranapkan pemerintahan beraja.Di seluruh dunia islam, modus operndi mereka adalah sama dan tidak terkecuali malaysia.Sebagai muslimin yang cintakan islam,mencintai nabi,keluarga nabi dan para sahabatnya,marilah kita berdoa semoga kita terpelihara dari golongan seperti ini.

Faizal said...

Salam,

Sebelum saya menulis elok saya perkenalkan bahawa saya ni pro PAS. Tapi dlm hal bapak kepada Uncleseekers saya terpaksa bersetuju dgn pendapat penulis bahawa Pak Habib saya suspek sebagai seorang Syiah begitu juga anak2nya. Saya berkawan dgn salah seorang anak Pak Habib. Dia dengan bangga mengaku dirinya sebagai Ahlul Bait dan darah daging Hussein bin Ali. Dia telah menulis tentang kekejaman Khalifah Yazid yang membunuh Hussein bin Ali. Saya PM anak Pak Habib ni bertanya samada di Syiah, sampai sekarang soalan saya tak terjawab.

Saya baca penulisan Pak Habib juga sama tona nya. Bila dia menulis Hussein dibunuh oleh orang Khalifah Yazid, sedangkan pendapat Ahlul sunnah wal jamaah, Hussein dibunuh oleh orang Syiah dari Kufah. Wallahualam.

Anonymous said...

Penulis, jangan kaitkan Syiah dengan Tareqat Alawiyin....dua2 tiada kena mengena antara satu sama lain....

Anonymous said...

2 Perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. :
1) al-quran
2) as-sunnah
Apabila kita menolak salah satu darinya, maka tersasarlah hidup kita.
Rasulullah pernah berkata, penggantinya yang terbaik adalah Ali(bukan dalam tazkirah/ceramah baginda)...tetapi tidak bermakna sahabatnya yang lain salah ataupun terpesong....Pemahaman adalah penting, kena berguru dan bukan hanya membaca....Malaysia mengamalkan sunnah, jadi kewajaran yang ada pada penduduknya adalah mengikut sunnah....wassalam

 
 
Blogger Templates