Social Icons

Pages

Tuesday, July 22, 2014

KANTOI !!! ISTANA TOLAK WAN AZIZAH JADI MB SELANGOR ???


Ketika rakyat Malaysia bergelut menahan kesedihan terhadap tragedi yang bertimpa-timpa yang melibatkan pesawat Penerbangan Malaysia serta mengeluh mengenang nasib umat Islam di Gaza,Anwar Ibrahim nampaknya masih sibuk berpolitik untuk kepentingan dirinya.Dikhabarkan,Anwar telah menghantar beberapa nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.Antara yang dicadangkan dan diberi sokongan kuat ialah Datin Seri Wan Azizah,isterinya sendiri yang juga merupakan Presiden Parti.Walaubagaimanapun,malang bagi Anwar,pihak istana dikatakan tidak begitu ‘berkenan’ dengan cadangan Anwar.Pertamanya,pihak istana tidak melihat sebarang keperluan untuk menukar-nukar Menteri Besar terutama pada ketika berbagai masalah negeri masih belum selesai.Keduanya,pihak istana ingin memastikan Menteri Besar yang dipilih benar-benar mendapat sokongan ramai. 

Untuk itu,pihak istana membayangkan agar diadakan undian.Anwar tentu sekali keberatan untuk mengadakan undian,bimbang isterinya tidak mendapat sokongan ramai.Lebih dari itu,undian juga pasti akan meresahkan semua pihak yang selama ini bermuka-muka berpura-pura menyokong kem Wan Azizah.Namun,saya yakin bahawa Anwar sebenarnya telah pun menjangkakan penolakan istana,malah beliau memang sengaja merancang ke arahnya.Buktinya,desas desus telah kedengaran bahawa Anwar bakal mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh Selangor untuk membantah keputusan istana.Ini merupakan peluang Anwar untuk menekan Sultan secara berterusan lanjutan dari isu MAIS dan JAIS yang dijuarai oleh Khalid Samad.Tekanan ke atas Sultan dilihat sebagai agenda terancang dan jangka panjang Pakatan Rakyat dalam usaha untuk merealisasikan Malaysian-Malaysia DAP dan juga negara republik PKR yang membawa fahaman liberal.Selain itu,kekecohan demonstrasi ini juga akan digunakan untuk mengalih pandangan dari rayuan Anwar ke atas hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya. 

Sudah menjadi ‘trend’ semasa di Malaysia di mana Anwar akan merancang demonstrasi atau rusuhan setiap kali kes peribadinya timbul di mahkamah dan nampaknya,Anwar akan terus menggunakan strategi yang sama bagi menutup malu atau mengelak dirinya dipenjara.Walaupun strategi berdemonstrasi tidak pernah berjaya mengubah apa-apa,Anwar tetap setia mengulanginya.Kata orang bijakpandai,perbuatan yang sama akan membawa kepada hasil yang sama juga.Adalah dikhuatiri kata-kata ini mungkin tidak begitu tepat dalam kes Anwar kali ini.jika demonstrasi sebelum ini tidak membawa Anwar ke mana-mana,maka demonstrasi kali ini mungkin membawa Anwar terus ke penjara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Laki bini kempunan.

Anonymous said...

muslimah yang mempunyai cita-cita membawa rakyat melangkah maju ke depan dan cita-cita itu lahir secara semula jadi harus mendapat tempat dalam demokrasi.

namun kalau cita-cita itu sekadar batu loncatan untuk sesuatu cita-cita lain yang rakyat sendiri dapat melihat dan membayangkannya, sebaiknya majlis konsensus telah sedar sama ada ianya wajar atau tidak.

Anonymous said...

Demokrasi?

Demokrasi adalah ciptaan yahudi, harap maklum.

Kembalilah pada Al-Quran dan Sunnah.

Demokrasi boleh membuat musuh menjadi pemimpin, demokrasi boleh membuat kafirun dan munafikun menjadi pemimpin, demokrasi boleh menjadikan penzalim menjadi pemimpin.

Adakah pas layak jadi pemimpin? Haram tak layak.

Anonymous said...

demokrasi ciptaan Yahudi, tapi itulah menjadi dokongan kuat parti yang kononnya terlalu Islam di negara ini.

Anonymous said...

Lelaki selangor dah tak mampu ke nak jadi pemimpin? Sampai orang luar diangkat jadi pemimpin, perempuan pulak tu.
Malu siot.

Anonymous said...

Lau chengini apakata suwuh anuo jer bukak satu nrgeri baru...dia jadi agung, bini dia jadi pm..ha gitu lagi baik...kat mana nak bukak negeri tu pepandai ler cari tanah..

Anonymous said...


BRO. . .TANAH WAKAF BELAKANG MESJID BANYAK. PENEMPATAN BEREK BUJANG.

Anonymous said...

Minta maaf tuan, ada ke orang nak bagi tanah wakaf dkat dia..?

 
 
Blogger Templates