Social Icons

Pages

Tuesday, September 02, 2014

KRISIS MB SELANGOR !!! #SALLEHMAN DAH START BERSUARA !!! LAIN MACAM JERR ???


Datuk Mohd Salleh Man merupakan individu yang berpengalaman tersisih dalam tahaluf siyasi yang digunapakai di Pulau Pinang. Beliau antara wakil rakyat PAS yang pernah merasai bagaimana menjadi “kasta” bawahan dalam sebuah pentadbiran yang kononnya bersifat pakatan. Mungkin ramai yang sudah tahu,individu inilah yang pernah dijanjikan jawatan sebagai YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) oleh Anwar Ibrahim seandainya memenangi kerusi DUN Permatang Pasir sewaktu pilihanraya kecil 2009.Hanya menanam tebu di tepi bibir,itulah tamsilan janji Anwar Ibrahim. Hampir 3 tahun Salleh Man terpaksa “makan hati berulam jantung”,dek kononnya setia kepada tahaluf siyasi.Walhal,tahaluf siyasi yang sebenar seharusnya menguntungkan Islam, di samping berpegang kuat kepada apa yang telah dijanjikan.Lebih malang,alasan yang digunakan oleh kerajaan negeri ialah tersilap menghantar nama calon untuk jawatan YDP MAINPP.Begitulah hinanya menjadi “kasta” bawahan,sehinggakan alasan berupa bangkai digunakan dalam justifikasi mengapa tidak Salleh Man menjawat jawatan seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim. 

Jangan hairan,kerana “tersilap” adalah lumrah dan slogan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pentadbirannya termasuklah “tersilap taip” kos pembinaan terowong bawah tanah. Antara penduduk-penduduk berbangsa India di Kg Buah Pala dan Salleh Man,kisah dan tauladannya sama. Dengan pendedahan dalam skala besar oleh Zulkifli Noordin dan Zaharin, barulah ramai yang sedar akan ciri-ciri tahaluf siyasi amalan mereka. Dek tidak tertanggung dengan tekanan akibat mungkir janji, barulah pada 27 Julai 2012 janji itu ditunaikan.Kemelut Menteri Besar Selangor memberi peluang kepada Salleh Man untuk “berkokok” setelah sekian lama menyimpan “dendam yang terindah” setelah apa yang pernah beliau lalui. Lebih manis, apa yang tersirat dalam kenyataannya yang mempertahankan parti sendiri adalah “membahasakan” Anwar Ibrahim,si Ketua Umum (KETUM) yang “manis mulut di bibir” pada PRK Permatang Pasir 1999 dulu.Anwar Ibrahim adalah “pemain utama” dalam krisis MB Selangor.Maka,tidak hairanlah jika Salleh Man memilih waktu dan ketika ini untuk bersuara.Serampang dua mata.Sekurang-kurangnya, beliau tidak boleh dituduh menghentam Anwar Ibrahim kerana tujuannya adalah untuk mempertahankan partinya. Dan penulis amat bersetuju dengan kenyataan Salleh Man dan apa yang sedang berlaku adalah permainan politik PKR dalam cita-cita menguasai RM3 billion simpanan tunai Selangor,seperti yang didakwa oleh Faekah Husin. 

Anwar Ibrahim seharusnya ingat,bagaimana Salleh Man terus setia bersama PAS di Pulau Pinang demi hubungan baik sesama Pakatan.Anwar Ibrahim harus ingat,Salleh Man sanggup menjadi “tunggul kayu” dari 2009 sehinggi 2012 waima janji dimungkiri.Kini,Salleh Man pula teringat bagaimana rasanya mengalami semuanya itu. Derita yang ditanggungnya tidak terbendung lagi.Anwar Ibrahim punya nafsu,PAS pula mahu dipersalahkan.Mungkin Salleh Man merasakan cukuplah sekali menjadi “kuda kayu politik” Anwar Ibrahim dan PAS tidak boleh lagi terus-terusan bertaraf “kasta bawahan” Pakatan. 

Sudahhh.. cukuuuppp.. cukuuuppp..sudaaahhh…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates