Social Icons

Pages

Monday, August 03, 2015

KANTOI !!! RM2.6 BILION BUKAN DUIT #1MDB !!! SAPA YANG MALU SEKARANG ???


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM),yang beberapa pegawainya sedang berhadapan siasatan pembocoran dan pemalsuan dokumen,mengeluarkan kenyataan mengesahkan sejumlah RM 2.6 Bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tetapi bukan dari 1 Malaysia Development Berhad seperti yang didakwa.Sungguhpun kita menerima kenyataan SPRM ini,namun apakah siasatan mereka tidak tercemar dengan tindakan beberapa pegawai dan Timbalan Pendakwaraya mereka yang sedang disiasat Polis ??? Apakah keputusan dan fakta RM 2.6 bilion tersebut sudah sah atau telah tercemar oleh beberapa orang pegawai mereka ??? Kita tertanya-tanya darimana datangnya angka RM 2.6 bilion ini ??? USD 700 juta pada 2013 tidak memungkinkan angkanya ialah RM 2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri pada 2013.Kita faham SPRM tidak boleh mendedahkan sumber penyumbang kepada umum.Nmaun SPRM perlu menjelaskan berapa banyak transaksi dan akaun yang menghasilkan RM 2.6 bilion itu.

Apabila Wall Street Journal dan Pakatan Rakyat menuduh Mohd Najib mengambil sejumlah USD 700 juta milik 1MDB ke dalam akaunnya,beliau menulis, “Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.Surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.”Mohd Najib juga dalam perjumpaan dengan Majlis Tertinggi UMNO mengakui menerima dana untuk pilihan raya tetapi menafikan menerima dari 1MDB atau menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadinya.Mohd Najib juga tidak pernah memaklumkan berapa jumlah dana tersebut kepada mereka Mungkin beliau sendiri tidak pasti jumlah dana tersebut dan perbelanjaannya,lalu mengarahkan pasukan khas menyiasat akaun tersebut. 

Semalam Mohd Najib sendiri bersedia mengumumkan senarai penyumbang Pilihan Raya Barisan Nasional sekiranya semua parti politik bersetuju.Selagi parti lain tidak bersedia mendedahkan sumbernya tiada sebab Barisan Nasional perlun mendedahkan.

Garis sempadan di sini ialah : 

1. Mohd Najib tidak pernah menafikan akaun tersebut bukan milik beliau. 
2. Mohd Najib tidak pernah menafikan beliau tidak menerima sebarang dana melalui akaun tersebut. 3. Mohd Najib hanya menafikan beliau menerima wang 1MDB seperti mana yang didakwa oleh WSJ, Tun Mahathir dan Pembangkang. 

Lebih utama siasatan SPRM mendapati tiada wang 1MDB atau mana-mana pihak yang berunsur rasuah dikesan menyumbang ke dalam akaun Perdana Menteri untuk pilihan raya ini.- MYKMU.NET

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

30 comments:

Anonymous said...

Hahahaha blogger nak cover malu jilake kau sial!!!

Anonymous said...

Hahaha...dulu blongang2 penjilat najib mcm ko jugak yg menafikan. Kononnya WSJ dan SR memfitnah. Skrg terbukti korang yg fitnah WSJ dan SR. Malu siot...hahaha

Anonymous said...

Tapi Badut Rakyat jangan lupa Najib ambil kata-kata Harun Din untuk menyokong tidak masuk akal wang sebanyak itu masuk ke akaun peribadinya.ha ha siapa yang kantoi sebenarnya.

Anonymous said...

Bayangkan...senang2 je orang nak DERMA 2.6BILLION. takkan derma camtu je kot? Mst harap balasan punya.

Lagi satu, dah najib boleh dapat derma berbillion camtu dengan mudah. APASAL NAK SUSAHKAN RAKYAT DENGAN GST DAN LAIN2 CUKAI?

Anonymous said...

hahahaha puak2 yg xleh terima kanyataan melalak.apa masalahnya kalau wang sumbangan pun???? habis tu pakatan jadah pun dpt duit sumbangan,kenapa duk diam je??? at least PM Najib Razak dah bagitahu tu bukan duit 1MDB.so apa masalah korg ni.ni mesti puak2 Tun M yg suka meroyan ni.

kijfd said...

DAH SAH 2.6B.SAYA SARANKAN NAJIB MENETAP DILUAR NEGARA.
ROSMAH GUNA PUN TAK HABIS.

KALAU LAH MACAI MACAM KAU TENGOK DUIT TU.CONFIRM MENINGGAL KERANA TERKEJUT.

Anonymous said...

Najib PM Pahlawan bugis Malaysia yang paling banyak skandal.Banysk benda yang dinafikannya tapi akhirnya benar belaka.Layakkah si pahlawan bugis ini jadi PM.Fikir-fikirkan wahai rakyat Malaysia.Rakyat hidup dalam keadaan tertekan tapi akaun peribadi NAJIB ada RM 2.6 billion.

Anonymous said...

Rakyat dikenakan GST tak kira miskin kaya,cukai pendapatan,cukai perniagaan tapi akaun Najib ada RM 2.6 billion.Manusia jenis apakah ini yg jadi PM Malaysia?

Anonymous said...

Najib dan penyokong yang taat tapi bangang dulu kata tak masuk akal duit sebanyak tu dimasukkan ke akaun peribadi dia.

Dah terang2 kantoi menipu camtu pun masih ada nak backing. Oh ya tak ya juga. Golongan bangang yg taat memang camtu. Kahkahkah

Anonymous said...

Siapakah penderma itu? Tak takut ke jika yahudi yg derma? Sebab tu najib kenalah jelaskan kepada rakyat. Ni asyik diaaaaaammmm je. Janganlah salahkan rakyat jika ramai yg tak puas hati.

Anonymous said...

Nak tanya je ni...kenapa insan mulia itu derma kepada seorang bangsawan dan hartawan seperti pm kita? Bukankah ada terlalu ramai golongan fakir dan gelandangan yang lebih layak?

Anonymous said...

Pelik....kalau begitu bolehkah di benarkan...kakitangan kerajaan atau penguatkuasa spt polis...kastam..imergresen dll. menerima derma masuk akaun pribadi?..

don said...

memang bukan direct dari 1mdb.. kan dah tau dari awal lagi ke bende ni datang dari sumber lain yang berkaitan dengan 1mdb.. sisatan dari sumber lain tu belum selesai lagi.. kenape dari wal tak ngaku kalau berada di pihak yang benar?

Anonymous said...

Eloklah kiranya 2.6 bil sedekah kt pembangkang biar mulut2 bangkai ni boleh di tutup..

Anonymous said...

Anwar tahu UMNO mempunyai RM100 Billion tapi atas nama trustee atau nominee pada tahun 1998 iaitu tahun dia dipecat Mahathir. Sistem ini diwujudkan Mahathir selepas UMNO hampir muflis kerana akaunnya dibekukan selepas ianya diharam semasa pergaduhan antara Team A dan Team B yang melibatkan Tengku Razaliegh. Jadi salah seorang ataupun beberapa orang dari trustee/nominee itu lah yang menderma. Siapalah dalam dunia ini yang sanggup menderma RM2.6 Billion? Sila baca Malaysia Today - banyak articles Raja Petra Kamaruddin mendedahkan perkara ini. Mahathir mengatakan dia hanya membelanjakan RM1.5 Billion semasa zamannya. Pembangkang membelanjakan RM500 juta pada PRU13 untuk menggerakkan jentera pilihanraya. Tanpa duit siapa mahu buat kerja kan?

aku said...

anom 11.33pm,zaman TDM RM1.5B bahagi 22tahun, aiikk!! berapa je tinggal...pembangkang 500juta masa PRU13?

Anonymous said...

Tanya DAP,PKR mana ambik duit belanja PRU..tang pembangkang senyap...kau orang yg sial.

Anonymous said...

DS Najib baru dapat idea baru la tu!!!....kesian DS asyik dok jadi bahan ketawa budak2 je...dok buang masa je dok suruh peguam entah aku lupa lak apa namanya dok pi saman WSJ. Kalau tak silap aku dikhabarkan baru minggu lepas dua orang peguam maharaja lawak tu bertolak ke Amerika nak pi bincang pasal nak beli peguam Amerika untuk nak berlawan dengan WSJ..kah..kah.kih..kih...malu nyer !!!

Anonymous said...

Ooo jadi kalau penjawat awam terima duit dari sesiapa atas apa tujuan pun tak salah rupanya.Baru aku tahu.Ke undang2 cuma terpakai pada seluruh rakyat Malaysia kecuali PM?

Anonymous said...

untuk pengetahuan semua, mungkin korang macai2 saja nak buat lawak atau mmg mangkok hayon punya macai... sebenarnya dalam laporan wsj tak ada pun statement yang mengatakan wang 2.6B tu dari 1MDB.... hanya disebut ada pemindahan wang sebanyak itu ke akaun PM.... sejak bila pulak korang dok spin kata wang 1mdb??
Mana macai-2 korang min??... yang hebat sangat dulu ni menghentan TUN??... tinggal 2 orang je?

Anonymous said...

JANGAN TERLALU YAKIN DUIT 2.6B TU DARI PENDERMA.........DAN MENGAPA TIDAK DI MASUKKAN LKE AKAUN AMANAH JUKA UNTUK PARTI......

BAIK SUNGGUH HATI PENDERMA.......MUNGKIN ADA UDANG DI SEBALIK MEEE.....SIAPA TAHU?

Anonymous said...

sy selaku golongan marhaen di atas bumi malaysia ni mampu mendoakan cukuplah insan bawahan seperti kami ditindas..dgn GST n barang2 semakin naik harga, harga rumah yang makin mengarut ..penderma mana la yang sungguh baik hati nak menderma kepada golongan bangsawan seperti Najib??? Masih adakah pemimpin yang berjiwa rakyat di akhir zaman ni?? Ke akhirat jua nanti kita akan dihisab...

Anonymous said...

Post paling bangang dan menyedihkan!

Anonymous said...

RM 2 600 000 000.00 ........ haaa mcm ni lah no nye yg dlm akaun tu ....... DERMA samaerti dgn MEMBERI HADIAH .......
hmmmm.......samaerti jugak seperti member JENG JENG JENG.

Anonymous said...

saya lagi malu seorang PM terima derma..adakah PM salah seorg 8 golongan asnaf? atau wujudnya golongan asnaf yang ke 9. harap pihak PM dapat jelaskan dari mana sumber derma itu.

Anonymous said...

dah terang lagi bersuluh.......memang manusia hariini mampu
dibeli dgn JAWATAN,HARTA DUNIA.......sanggup mempertahankan sesuatu
KEJAHILAN yg sedang BERLELUASA.......marilah kita berpegang teguh dgn
SURAH AL KAHF.......itu pesanan RASULULLAH........yg cuba mempertahankan
KEJAHILAN ini ,semoga kalian diberi petunjuk olehNYA.

Anonymous said...

Bermula dari penafian masalah kewangan 1MDB, psal Tabung Haji, Jho Low, duit akaun peribadi AMBank...satu-satu tembelang Najib pecah secara automatik dgn kuasa ALLAH SWT.....bau busukkk siot!!!

joe71mal1 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Najib ada 2.6B di akaun peribadi untuk tujuan "politik" tetapi pembantunya Muhidyin dan parti UMNO pun tidak tahu ada begitu banyak duit di akuan Najib sehingga terdedah baru-baru ini. Jika Najib kata duit untuk parti, tapi semua orang pun tidak tahu kewujudan dana itu mahupun Muhidyin, ini logikkah? Tibalah masa Najib resign lah, negara sudah "menerima" sumbangan 2.6B ini dan masih mahu minta dari rakyat dari GST dan minyak. Bilang mahu improve ekonomi negara tapi tengok sekarang kadar pertukaran wang malaysia ke USD naik sehingga 3.9 Semua pelabur dari luar negara pun mahu lari sudah,tiada orang muhu invest. Itu wawasan 2020 jangan harap boleh dicapailah, kasih Lee Hsien Loong jadi PM lah dan dia janji wawasan itu akan tercapai. U tengok Lee Hsien Loong pun tiada banyak cerita digossip sebab Lee Kuan Yew dan anaknya semua betul-betul berkemampuan dan tidak corrupted.

Anonymous said...

kenyataan 2.6b nie takkan terdedah kalau muhyiddin yaasin tak bukak mulut. cube korg bayangkn kalo muhyiddin tak bkk mulut>???? mmg benda nie xkn tersebar dan sedap jekla mulut bini die menadah...come on la guys, think properly, this is thieving. stop wasting your time backing up the wrong guy @ najib razak.

 
 
Blogger Templates