Social Icons

Pages

Monday, November 23, 2015

KANTOI !!! #PROKSI SEBENAR #AMERIKA #US #USA TELAH DIKETAHUI ??? WAJIB BACA !!!


Sewaktu ramai yang mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib di atas kehadiran Barack Obama ke Malaysia,mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu.Antara pertubuhan yang terpilih adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa,Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0,Empower dan Tenaganita.Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.Selain itu,turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian,Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM),manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam. SIS,Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.Ketua Comango,Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu,Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS. Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI)


Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti,IRF,SUARAM,Malaysiakini,Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial,maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED),International Republican Institute (IRI),National Democratic Institute (NDI) Freedom House,Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai,melatih,membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.Tahun ini,Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0,Maria Chin Abdullah,Ambiga selaku wakil Negaraku,Cynthia Gabriel,Nisha Ayub,justice for Sisters Group,juga kelihatan,Premesh CEO Malaysiakini.Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru,Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons. Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik. 

Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing.Bila dilihat kembali,pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam.Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah. Dan macam-macam lagi. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini. Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini.Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu,boleh bersemuka menghadap mereka.Sudah tentulah mereka bukan musuh.Bahasa lebih tepat,mereka adalah proksi Amerika Syarikat dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.Namun kita masih lagi hanyut dimomokkan kononnya Najiblah yang menjadi dalang kehancuran negara,sedangkan hakikatnya bukan begitu.Mereka dah menyerang kita dari segenap sudut.Tak kan kita masih tak perasan lagi ???


menurut akhbar Sinar Harian pula,beberapa NGO dan portal berita pro pembangkang,ambil kesempatan berjumpa dengan Presiden Barrack Obama semasa beliau melawat negara ini minggu lepas.Antara NGO yang dikatakan terlibat ialah Bersih dan sebuah portal berita pro pembangkang – semuanya dikatakan ada satu persamaan,mendapat dana dari pihak yang sama,NED.Persoalan sekarang ni bukan siapa yang bagi dana walaupun perkara ini menarik untuk dikupas kerana pemberi dana itu disebut-sebut ada kaitan dengan CIA,tapi kenapa macai nya kutuk kedatangan Obama di depan,di belakang NGO dan portal pro mereka senyap-senyap jumpa Obama.Mana dia punya anti yahudi,mana dia punya pro Islam,mana ??? Tak dengar mana macai kondem pun perjumpaan ini atau henti baca portal berita yang berkenaan pun,ada ??? Bersih yang kumpul macai macai pembangkang itupun rupanya ada kepentingan dengan Obama juga,Obama belum tentulah ada kepentingannya dengan mereka.saya yakin dan percaya,ramai dikalangan macai yang kutuk Obama datang ini pun adalah orang yang sama hadiri perhimpunan haram dianjurkan Bersih.

Apa pun,yang pentingnya laporan ini menunjukkan disitu kepentingan Obama kepada pembangkang,tak macam yang dicanang canang macai mereka beberapa hari sebelum ni.Macai ini kita semua tahulah,tahap pendidikannya entah tinggi mana,kesempatan inilah yang digunakan oleh NGO dan portal berita pro pembangkang ini untuk membodohkan mereka dengan berjumpa Obama.Senyap-senyap di belakanglah sudah tentunya,macai sama ada tahu kemudian atau tak tahu langsung. Bodohlah katakan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

HAMIDIsP said...

Nampaknya serangan terhadap Malaysia semakin diperhebatkan, cuma agak malang..

 
 
Blogger Templates