Social Icons

Pages

Wednesday, August 17, 2016

FAKTA !!! DS @NAJIBRAZAK BERJAYA JIMAT RM3.5 BILION !!! #TUNM ???


Tun Mahathir hari ini dilihat cukup "desperate" menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Sampai dalam hospital pun masih mahu menyerang.Mengapa sampai "lagu tu sekali"? 1MDB dan dana RM2.6 bilion,walaupun telah berkali kali dijawab tetapi Mahathir tetap "recycle" soalan yang sama.Bagaimanapun Pengasas Parti Pribumi itu menikus mengenai hilangnya RM100 billion.Bekas editor The Wall Street Journal (WSJ) bernama Barry Wain telah menyatakan dalam bukunya bahawa sejumlah RM100 billion telah hilang sepanjang 22 tahun,Mahathir menjadi PM.Wain membuat pendedahan dalam bukunya "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times".Mahathir langsung tidak menjawab.Ya,memang sepanjang tempoh perkhidmatan Mahathir sebagai perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003,beliau telah membawa beberapa perubahan sosio ekonomi.Tetapi manfaatnya siapa yang dapat? 

Hanya orang orang tertentu sahaja yang menikmatinya.Ini yang telah dikupas oleh Wain.Hingga berlaku pembaziran dan "bail out" sampai RM100 bilion kerana melaksanakan projek-projek mega.Berbeza dengan Najib.Setiap rakyat yang berhak mendapat nikmat BR1M.Tanpa kira warna kulit dan ideologi politik.Wang terus masuk ke dalam akaun rakyat.Sehingga akhbar The Guardian,United Kingdom,4 Ogos 2016,memuji strategi BR1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib sebagai satu langkah baik untuk merancakkan ekonomi.Datuk Seri Najib juga memperkenalkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS sejak 2009.Kerajaan berjaya menjimatkan sekitar RM3.5 billion menerusi strategi NBOS ini.Sebagai contoh,Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah mampu membantu kerajaan menjimatkan RM1.5 bilion.

Usaha sama polis-tentera yang berkongsi kemudahan latihan turut menjimatkan RM700 juta wang kerajaan.Inilah yang membuatkan Mahathir dan pembangkang iri hati terhadap corak pemerintahan Najib.Jika hanya dalam masa 6 tahun beliau mampu menjimatkan wang negara sebanyak itu,tidak mustahil Datuk Seri Najib mampu jadikan Malaysia sebagai negara Islam terbaik dunia sebagaimana yang disebut oleh bekas mufti Jordan,Prof Dr Amin Mohammad Sallam.Malah,dengan kebijaksanaan urus tadbir ekonomi,tidak mustahil Najib akan menjadi seorang Perdana Menteri paling berpengaruh,dihormati di kalangan negara Islam dan dan di mata dunia.Dari segi ekonomi hari ini,Ringgit terus mengukuh pada 3.9 berbanding USD.Biarpun serangan terhadap Perdana Menteri masih berterusan tetapi Datuk Seri Najib masih bertahan seumpama "bank besar yang sukar untuk digagalkan"

Bila Mahathir hendak jawab mengenai RM100 billion yang hilang? Atau samanlah penerbit buku tersebut.Mahathir sebenarnya sudah kalah.Itu sebabnya Mahathir masuk hospital.Cuma Mahathir sahaja tidak mahu mengaku kalah sama seperti dia tidak mengaku hal RM100 billion yang hilang.Mahathir tidak boleh menerima hakikat bahawa Najib adalah pemimpin yang lebih kuat dan baik berbanding Mahathir.Dari segi kutipan pingat Olimpik pun,Mahathir sudah tersungkur di tangan Najib.Mengaku sahajalah.

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates