Social Icons

Pages

Friday, September 23, 2016

#CLARE DICABAR KEMUKAKAN BUKTI JIKA DS @NAJIBRAZAK ADA CAMPUR TANGAN KES #JUSTO - @RAMESHRAOAKS !!!


Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendesak Editor portal fitnah Sarawak Report (SR) Clare Rewcastle Brown supaya mendedahkan bukti bahawa ada desakan dari kerajaan Malaysia supaya banduan pencuri data kes PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo terus ditahan di Thailand.Presidennya Ramesh Rao mendesak portal SR dan Clare memberikan bukti berkenaan kepada umum sekiranya benar dan jangan hanya menggunakan fitnah sebagai bahan berita seterusnya memburukkan Malaysia.

"Clare perlu kemukakan bukti yang Najib mendesak kerajaan Thailand untuk terus menahan Justro," katanya dalam satu kenyataan media.Beliau berkata,Bangkok sebelum ini tidak pernah pun memaklumkan apa-apa permintaan dari Najib untuk terus menahannya dan Najib juga tidak pernah membuat apa-apa desakan seperti itu.Dalam satu laporan di SR Sabtu lepas,ia memetik satu sumber yang tidak didedahkan namanya dalam laporan akhbar Switzerland Le Temps yang mengatakan kononnya Najib menggunakan peluangnya dalam lawatan kerja di Thailand untuk masuk campur dalam kes Justo.

"Datuk Seri Najib tidak pernah membuat sebarang permintaan seperti yang didakwa oleh Sarawak Report malahan Datuk Seri Najib juga menafikan laporan Sarawak Report," kata Ramesh.Justo dikatakan saksi penting dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana dia sendiri mengaku mencuri data dari bekas majikannya PetroSaudi untuk tujuan memeras ugut untuk balasan wang.Dia juga mengaku ada berurusan dengan wakil dari Malaysia termasuk dari parti pembangkang untuk membeli data yang dicuri itu kerana PetroSaudi diketahui ada berurusan dengan 1MDB dan kemudian data itu telah diubahsuai oleh Clare dan SR. 

Ia kemudian digunakan oleh kumpulan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat dakwaan palsu untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) kononnya ada salah guna kuasa dan rasuah.Justo sebaliknya mungkin dibawa ke Malaysia untuk direkodkan keterangannya berhubung kes berkenaan dan kemungkinan dia akan mendedahkan siapa yang hadir bertemunya dan menjanjikan wang selepas data dalam dokumen itu dicuri. "Adakah SR dan Clarea sebenarnya sudah semakin takut kerana Justro semakin dekat untuk dibebaskan di Thailand dan akan dibawa ke Malaysia untuk memberikan keterangan serta disoal siasat berhubung kes itu? Bimbang nama mereka akan disebut oleh Justo?" kata Ramesh.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates