Social Icons

Pages

Friday, October 21, 2016

#BAJET2017 !!! GAJI MINIMUM RM1500 BELUM SESUAI DILAKSANAKAN !!!


Pakatan Harapan telah membentangkan bajet alternatif 2017 dengan antara cadangan yang dikemukakan ialah menaikkan gaji minimum bulanan pekerja kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara.Pembangkang bercadang melaksanakannya dengan membahagikan kos berkenaan sama rata antara kerajaan dengan majikan dan dengan itu ia mengambil RM2.5 bilion daripada belanjawan persekutuan.Gaji minimum RM1500 sebenarnya belum sesuai dilaksanakan dan ketika ini kerajaan melihat kepada usaha untuk meningkatkan pendidikan teknikal.Ia bermaksud pekerja dibayar mengikut kemahiran supaya mereka mendapat lebih daripada RM1,500 dan jika inginkan gaji lebih,mereka boleh meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dengan menyambung pengajian. Apa yang penting biarlah upah pekerja berpatutan dengan kelulusan, kemahiran dan pengalaman yang mereka miliki. 

Harus diingat jika pakatan harapan melaksanakan cadangan gaji minimum dengan kerajaan berkongsi kos dengan majikan,maka setiap bulan kerajaan memerlukan jumlah yang banyak untuk tujuan berkenaan.Tetapi apa yang agak menghairankan ialah kenapa gaji minimum RM1,500 ini tidak dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu, iaitu negeri di mana pakatan harapan memerintah ??? Jawapannya mudah,ianya tidak boleh dilaksanakan kerana ramai majikan akan protes dan membantah di Selangor dan Pulau Pinang.Guan Eng dan Azmin tahu ia akan melibatkan kos yang tinggi memandangkan kerajaan negeri terpaksa memberikan subsidi untuk pelaksanaannya. Hendak buat pusat rawatan air dan tebatan banjir pun tidak selesai di Selangor,inikan pula hendak laksana gaji minimum RM1500.Harus diingat,pada 2011 pembangkang buat Buku Jingga dan berkata hendak gaji minimum RM1500.Apakah perkara itu mereka laksanakan di Selangor dan Penang ??? Tidak juga.

Untuk rekod,perintah gaji minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sarawak,Sabah dan Labuan telah dikuatkuasakan mulai 1 Julai tahun ini.Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.Kadar gaji minimum baharu itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015.Kadar gaji minimum yang dicadangkan BN ini lebih praktikal dan bersesuaian dengan realiti kerja semasa.Kadar RM1500 yang disebut pembangkang sudah didendang dalam Buku Jingga Rafizi sejak 2011 lagi.Sudah hampir 6 tahun,pun mereka tidak laksanakan di negeri yang mereka perintah.Ini kerana kadar itu adalah tidak munasabah, hanyalah retorik semata mata.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates