Social Icons

Pages

Friday, October 21, 2016

KANTOI !!! #BAJET2017 !!! #PAKATANHARAPAN MENGAKU TIRU #BN CARI HASIL NEGARA ???


Siapa yang tidak kenal cara pembangkang di Malaysia hari ini.Di hadapan rakyat,mereka melaungkan bahawa merekalah pakatan terbaik untuk membentuk kerajaan yang penuh intergriti dan sebagainya.Namun hakikat sebenar,Pakatan Harapan tidak lebih daripada sekadar pakatan penuh bercelaru,kaki fitnah dan suka meniru gerak kerja kerajaan BN mentadbir negara.Sebut sahaja apa yang mereka tidak lakukan untuk menunjukkan mereka lebih hebat daripada kerajaan BN.Namun,jika kita perhatikan dengan lebih mendalam,apa yang mereka lakukan hanyalah meniru bulat-bulat perancangan kerajaan dengan menambah beberapa angka untuk menampakkan mereka lebih baik. Inilah yang berlaku terhadap pembentangan bajet Pakatan Harapan baru-baru ini.Jika diperhatikan,hampir keseluruhan isi bajet mereka adalah hasil daripada ilham yang telah pun dilakukan oleh BN sejak tahun lalu. 

Sebagai contoh,unjuran hasil Pakatan Harapan bagi tahun 2017 dalam perkara .2.2 dalam mukasurat 18 bajet alternatif pembangkang.Hampir 100% cara mencari hasil ditulis "seperti unjuran hasil Barisan Nasional".Perkara ini diulang empat kali dalam setiap cara mencari hasil.Ini bukti pembangkang tidak ada idea bagaimana hendak cari hasil negara.Apa yang mereka bentangkan dalam belanjawan mereka baru-baru ini,semuanya bersandarkan kepada angka unjuran yang telah dibuat oleh Barisan Nasional.Lebih melucukan,bagaimana mereka menetapkan kadar gaji minimum yang akan dilaksanakan andai Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.Mereka mencadangkan gaji minimum untuk semua pekerja di Malaysia adalah pada RM 1,500 sebulan.Agak menghairankan,atas kajian apa yang mereka lakukan untuk menetapkan kadar gaji minimum berkenaan ??? Ini satu lagi contoh bagaimana Pakatan Harapan cuba meniru bulat-bulat apa yang dirancang oleh kerajaan dalam menetapkan kadar gaji minimum.Apa yang dirancang oleh kerajaan BN adalah mengambil kira semua faktor sebelum menetapkan kadar gaji minimum.Tetapi bagi pakatan pembangkang, mereka sewenang-wenangnya menambah angka berkenaan supaya mereka nampak lebih bagus daripada kerajaan hari ini. Impaknya bukan sedikit. 

Andai bajet yang mereka lakukan tidak seimbang,kedudukan ekonomi negara akan menjadi tidak menentu dan besar kemungkinan,negara bakal berhadapan dengan inflasi yang lebih teruk dari apa yang berlaku pada pertengahan tahun 1980an.Suatu fakta yang tidak harus diketepikan adalah,pihak Pakatan Harapan sendiri memperakui,mereka meniru bulat-bulat cara kerajaan Barisan Nasional mencari hasil negara sebelum mereka mengolah semula hasil pendapatan negara mengikut kehendak mereka sendiri.Mereka akan menokok tambah bajet mereka supaya ianya menampakkan bahawa merekalah yang paling cekap menguruskan pendapatan negara.

Persoalannya,jika mereka sendiri mengakui meniru cara kerajaan BN mencari dan menguruskan hasil negara, untuk apa mereka mencipta bajet mereka sedangkan mereka sendiri langsung tidak mempunyai dana untuk melaksanakan bajet mereka sendiri ??? Paling utama,adakah kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang kini diperintah oleh mereka, akan melaksanakan bajet yang mereka rancang? Siapalah yang buat bajet pembangkang ini ??? Nampak sangat kerja umpama melepaskan batuk di tangga. Bajet 2016 dan 2017 pembangkang tiada beza banyak.Boleh dikatakan hampir 80% seolah copy paste kembali.Lebih teruk lagi,mereka tiru cara BN dalam mencari hasil negara. Memalukan sungguh.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates